Tuesday, March 6, 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG (1 MAC 2012)


Anda tahu apa itu Program Guru Penyayang?
Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar seawal 6.30-7.10 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam dengan guru.



Sebenarnya, program ini bertujuan meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikao mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.


No comments: