Sunday, August 8, 2010

Dan pemenangnya ialah........

Adik Muhammad Afiq Ikmal dari SK Pusat Lawas!

Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada SK Pusat Lawas apabila adik Muhammad Afiq Ikmal diumumkan sebagai JOHAN kategori pidato Tahap 1 bagi program Pintar Adik-Adikku Peringkat Daerah Lawas!

Tahniah juga diucapkan kepada Ustzh Asmah dan Ustzh Norazima yang bertungkus lumus membimbing adik Afiq sehingga mencapai kejayaan besar ini..

Juara kebanggaan sekolah :D

Adik Afiq bersama ibu bapanya, guru besar dan murabbi..

Skuad Program Pintar Adik-Adikku

Bersama para pemenang yang lain

Sunday, August 1, 2010

Program Pintar Adik-Adikku Lawas 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Mari bersama2 kita memeriahkan Program Pintar Adik-Adikku Lawas 2010 yang akan di adakan pada Sabtu hadapan, 7 Ogos 2010 di Stadium Tertutup Lawas..

Alhamdulillah, SK Pusat Lawas telah pun berjaya menghantar wakil dalam pertandingan pidato iaitu Adik Mohd Afiq Ikmal dari Tahun 3 Amanah. Semoga mencapai kemenangan! :)