Monday, October 18, 2010

Presenting.....


Tahniah kepada Pn Lindah Zainab dan suami atas kelahiran cahayamata ke 4 mereka, Awangku Hamizan Ruzaini yang dilahirkan pada 090810 yang lepas, 2hari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan (sebulan la Kak Lindah kena ganti puasa, hihi).. Bayi comel seberat 3.3kg ini dilahirkan di Hospital Lawas..

Tahniah sekali lg dari warga SKPusat Lawas.. Semoga Awangku Hamizan menjadi anak soleh kebanggaan ibubapa :)

Monday, September 20, 2010

Selamat Berjaya


Didoakan agar semua murid-murid Tahun 6Amanah, 6Iltizam dan 6Azam dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR 2010 dengan tenang dan beroleh kejayaan yang membanggakan.. Dengan iringan doa restu dari para guru dan kakitangan SK Pusat Lawas, moga kecemerlangan menjadi milik kalian semua :)

Wednesday, September 8, 2010

Wan Hadif El-Deen


Alhamdulillah atas kelahiran seorang lagi khalifah Allah, Wan Hadif El-Deen bin Wan Hazaruddin, yang merupakan anak sulung bagi pasangan Cikgu Norazwani Shaari dan suami.. Bayi lelaki seberat 2.77kg ini telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang pada 2 September 2010 yang lepas pada jam 12.42pm.. Warga SK Pusat Lawas mengucapkan tahniah dan selamat berjaga malam utk Cg Norazwani dan pasangan :)

p/s: warga SK Pusat masih menunggu kehadiran baby girl pulak :D

Saturday, August 7, 2010

Dan pemenangnya ialah........

Adik Muhammad Afiq Ikmal dari SK Pusat Lawas!

Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada SK Pusat Lawas apabila adik Muhammad Afiq Ikmal diumumkan sebagai JOHAN kategori pidato Tahap 1 bagi program Pintar Adik-Adikku Peringkat Daerah Lawas!

Tahniah juga diucapkan kepada Ustzh Asmah dan Ustzh Norazima yang bertungkus lumus membimbing adik Afiq sehingga mencapai kejayaan besar ini..

Juara kebanggaan sekolah :D

Adik Afiq bersama ibu bapanya, guru besar dan murabbi..

Skuad Program Pintar Adik-Adikku

Bersama para pemenang yang lain

Saturday, July 31, 2010

Program Pintar Adik-Adikku Lawas 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Mari bersama2 kita memeriahkan Program Pintar Adik-Adikku Lawas 2010 yang akan di adakan pada Sabtu hadapan, 7 Ogos 2010 di Stadium Tertutup Lawas..

Alhamdulillah, SK Pusat Lawas telah pun berjaya menghantar wakil dalam pertandingan pidato iaitu Adik Mohd Afiq Ikmal dari Tahun 3 Amanah. Semoga mencapai kemenangan! :)

Friday, July 23, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 15-17 Julai yang lepas, SK Pusat Lawas telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform melibatkan Pasukan Pengakap, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Puteri dan Kadet Remaja Sekolah.

Perlaksanaan program ini bertujuan untuk memantapkan penguasaan murid dalam kemahiran asas dalam kegiatan unit beruniform seperti berkawad, ikatan dan simpulan, aktiviti lasak dan sebagainya. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan menyediakan murid-murid yang lebih kompeten dalam kegiatan kokurikulum khususnya unit beruniform apabila mereka berada di sekolah menengah nanti.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya seperti Latihan dan Pertandingan Kawad Kaki, Aktiviti Burung Hantu, Pertandingan Masakan Rimba dan juga Malam Kebudayaan.. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.







video

Sunday, July 18, 2010

Baby Pertama 2010


Selepas kelahiran Muhammad Iman Darwish Bin Mohd Azizi Jamil 21Disember 2009 yang lepas, menyusul pula Aryan Syahir Bin Azami, anak ke tiga pasangan Cg Maidini dan suaminya.. Tahniah diucapkan oleh warga SK Pusat Lawas!

Aryan Syahir (series sedap nama) dilahirkan pada 07 Jun 2010 yang lepas di Hospital Lawas pada jam 5.39am seberat 3.17kg..

Kami di SK Pusat Lawas mendoakan agar Aryan Syahir membesar sebagai anak yang soleh dan mampu menjadi kebanggaan ayah bonda :)

p/s: nampaknya belum ada baby girl lagi dalam entry2 blog sekolah ni.. Anak siapalah agaknya yang akan jd baby girl pertama di muaturun dalam ini blog.. hehehe