Tuesday, March 6, 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG (1 MAC 2012)


Anda tahu apa itu Program Guru Penyayang?
Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar seawal 6.30-7.10 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam dengan guru.



Sebenarnya, program ini bertujuan meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikao mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.


Majlis Penyampaian Hadiah buat Atlet Olahraga~Ping Pong~Bola Tampar yang berjaya mengharumkan nama Sk Pusat Lawas 2012



Tahniah diucapkan kepada semua atlet olharaga Sk Pusat Lawas 2012 kerana berjaya mengharumkan nama Sk Pusat Lawas pada Kejohanan Olahraga MSSRD Lawas pada 8, 9 & 10 Februari 2012 di Kompleks Sukan Lawas.

Tahniah diucapkan juga kepada pasukan ping pong dan bola tampar Sk Pusat...

Terima kasih juga diucapkan kepada semua jurulatih yang terlibat sepanjang sesi latihan dan pada kejohanan tersebut.