Saturday, November 7, 2009

Selamat Bertukar

Tahniah diucapkan buat guru-guru dari SK Pusat Lawas yang dapat bertukar mengikut pasangan masing-masing.. Bg yang belum berjaya, cuba lagi tahun depan k.. Takpe, SK Pusat masing memerlukan khidmat anda, nnti dapat la merasa bangunan baru :) Tahniah sekali lagi buat:

1) Ustzh Nor azima Abd Azis yang bertukar ke Melaka
2) Cg Zalia Mamat yang bertukar ke Terengganu
3) En Wayne Mudin yang bertukar ke Sabah

Ada sesiapa lagi ke yang dapat tukar?

Friday, November 6, 2009

Rombongan sekolah:)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada minggu lepas iaitu 30,31 Okt dan 1hb Nov, satu rombongan guru-guru, kakitangan sekolah beserta murid-murid tahun 6 telah diadakan. Kami ke Kundasang, Ranau, Tuaran dan KK melawat tempat-tempat menarik.

Let the pictures do the talking.. You can click to the pictures for enlargement k.. Not forgotten, a big thanks to Cg Maidan n clan for being a superb organizer:) Layannnn...

1) Jambatan Tamparuli



2) Taman Kinabalu


3) Poring Hot Spring



4) Rose Cabin








5) Taman Buaya Tuaran



6) Akuarium dan Muzium Marin, UMS



7) Muzium Sabah


8) Pantai Tanjung Aru


9) Pusat Hidupan Liar Lok Kawi

Friday, October 23, 2009

The New Arrival

Alhamdulillah, pada tanggal 17Oktober 2009 yang lepas, seorang lagi guru SK Pusat Lawas bertukar status menjadi bapa dengan kehadiran Muhammad Afiq Qusyairi bin Lokman.. Tahniah diucapkan.. Moga menjadi bapa mithali :)

Sunday, October 4, 2009

RUMAH TERBUKA SITU SANA SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah sudah menginjak ke 15 Syawal.. Para guru dan murid juga sudah kembali ke sekolah seperti biasa.. Menyebut tentang Syawal, kita tidak akan dapat lari daripada mengaitkannya dengan sambutan Aidilfitri (yang telah disambut 20 Sept lalu), juga kaitannya dengan Ibadah berpuasa sunat selama 6 hari (kita masih ada 2minggu utk menunaikannya) dan juga sambutan rumah terbuka (akan diceritakan dibawah).. Memenuhi jemputan adalah wajib ditunaikan berbanding puasa sunat 6 yang hanya sunat.. Tapi, tuan2 rumah yang nak anjurkan rumah terbuka ni, beringatlah sama ye.. Jgn sampai tetamu rasa terganggu pula dgn jemputan tu sehingga x sempat nak berpuasa 6 :) (Jemputan diwaktu malam mungkin boleh menyelesaikan masalah ni..hehe)

Ok, mari layan gambar...













Tuesday, September 8, 2009

U P S R



Selamat berjaya diucapkan kepada semua anak didik Tahun 6, SK Pusat Lawas.. Ketahui lah bahawa semua guru mengiringi kalian dengan doa dan restu.. Semoga mencapai keputusan terbaik, aminnn :)

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem, Allahu Akram

Align Center
Selamat menunaikan ibadah puasa bagi umat Islam diseluruh dunia khususnya buat warga SK Pusat Lawas..

Thursday, August 20, 2009

Happy Holiday



Selamat bercuti buat warga SK Pusat Lawas! Jangan lupa kembali semula ke sekolah 1 September nanti ye =)

Wednesday, August 19, 2009

GERAK GEMPUR 3


Selamat berjaya buat semua murid tahun 1-4, SK Pusat Lawas yang sedang menduduki Ujian Gerak Gempur 3... Moga usaha kalian membuahkan hasil..

Tuesday, August 18, 2009

Persiapan Sambutan Hari Merdeka

Pandang lah, lihat lah... Guru-guru SK Pusat Lawas yang sedang bertungkus lumus menyiapkan backdrop untuk Majlis Sambutan Hari Merdeka Jumaat ini...

Cg Asniza, Ustzh Asmah & Cg Wayne


Dah gaya mcm tukang jahit pun ye jugak ni =)


Mmg busy ke berlakon je tu? Hahaha

Saturday, August 8, 2009

Ini Serius (Wonderpets pun x boleh nak buat apa)

Ini ada sedikit bingkisan kisah benar lawak dewa dewi yang berlaku di SK Pusat Lawas.. Guru-guru yang memiliki kenangan lucu begini, sila hantarkan kisah anda ke wani3009@yahoo.com

KISAH 1
Aku: Ok class, family is .....
Pupils: (Buat muka blur)
Aku: Family is ke.....
Pupils: Kelas....
Aku: No...Family is ke..lu.....
Pupils: Keluar..
Aku: Bukan...Family is ke..luar....
Pupils: keluar kelas..
(pitam 2minit..ni tiru ayat muzem..hehe)

KISAH 2

Aku: Grandfather means Datuk.. Datuk mesti yang lelaki.. Kalau yang perempuan, nenek tu, what we called in english? Grand......
Pupil: Grandgirl..
(pitam lagi 10minit)

KISAH 3

Budak2 ni kan aktif..Jadinya cepat dahaga dalam kelas dan keluar la dialog, 'Teacher, aku mau minum..' Dan aku hanya akan bg derang minum, kalau derang mintak kebenaran begini, 'Please teacher, may I drink..' Dan kebanyakkan anak murid aku, ntah apa masalahnya puas aku ajar drink, 'gring' jugak yang dia sebut..Jadilah ianya, 'Please teacher, may I gring..'
Sampailah dlm kelas pend.Islam pun derang belagak ngan ustazah yani, bila nak minum cakap, 'please teacher, may i gring..' Ustazah tu pun tegur la bbudak tu, bukan gring la..drink.. Dan anak2 murid aku yg bijak bistari ni balas balik....'Betul la ustazah...gringggggg.. Teacher yang ajar...'
(bukan pitam, terus koma sehari.. Aku pulak yang dituduh)

KISAH 4
Aku: Ok class, what is the different between Madam & Miss? Apa beza Madam & Miss? (kena dwi bahasa utk budak darjah 1)
Pupils: Madam tu Madam Rozi..
Aku: Ye la, tp kenapa Madam Rozi tu dipanggil Madam? Teacher ni, Miss.. Miss Azwani.. Sapa tau, dpt hadiah..
Pupil: Madam tu utk orang yang tinggi, Miss tu orang yang rendah..
(kecik hati mcm nak koma lagi 2hari, mentang2 la aku pendek, madam Rozi tu tinggi.. Sebbaik bbudak ni x kata yang madam tu utk perempuan cantik jek..huhuhu)

KISAH 5
Aku: Kalau kamu sudah keluar kelas, mau masuk semula kena cakap, 'Please teacher, may I come in..' Ok class, kena cakap apa kalau mau masuk?
Pupils: Please teacher, may I kambing...
(Tak pengsan, tak koma, cuma mengucap 2kalimah syahadah)


KISAH 6
Ok boy/girl, what is your name?

Contoh jawapan yang aku terima:
1) My name is Zakaria. (Ok clever)
2) Nurafina. (incomplete)
3) Your name is Jakson. (Nama kau ke nama aku?)
4) What is your name? (Eh.ehh..dia tanya kita balik..)
5) I like to eat chicken. (Apa kes?)

Friday, July 31, 2009

Sambutan Isra dan Mikraj 1430H

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Pada hari Jumaat (24/07/2009) yang lepas, telah diadakan sambutan Isra' dan Mikraj peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ust Mohd Hairul Nizam dari SK Merapok dan diteruskan lagi dengan slot Kuiz, Pertandingan Azan dan Pertandingan Nasyid.

Sedikit berkenaan Isra' dan Mikraj..

Peristiwa Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa, kemudian ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian kerohanian Rasulullah pada masa lalu. Ia sekali gus menjadi ‘peristiwa agung’ yang mengandungi makna yang besar untuk dihayati oleh umat baginda pada masa kini.

Hanya dalam satu malam, Allah SWT mencipta perjalanan Rasulullah SAW untuk melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran-Nya; mulai dari proses penciptaan alam semesta hingga ditetapkannya perintah solat. Berjuta misteri dan keajaiban menyelubungi perjalanan suci yang dilakukan dengan jasad dan roh Rasullullah SAW dalam keadaan jaga itu (bukan mimpi).

Perjalanan ini memiliki makna yang sangat khusus, terutama bagi diri Rasulullah. Ia berlaku kerana Allah hendak menunjukkan kepada Muhammad tentang tanda-tanda kekuasaan-Nya, seperti yang disebut dalam al-Quran:

Agar Kami tunjukkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kekuasaan Kami (Surah Al-Isra ayat 1).

Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhannya yang paling benar (Surah Najm ayat 18).