Friday, July 23, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 15-17 Julai yang lepas, SK Pusat Lawas telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform melibatkan Pasukan Pengakap, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Puteri dan Kadet Remaja Sekolah.

Perlaksanaan program ini bertujuan untuk memantapkan penguasaan murid dalam kemahiran asas dalam kegiatan unit beruniform seperti berkawad, ikatan dan simpulan, aktiviti lasak dan sebagainya. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan menyediakan murid-murid yang lebih kompeten dalam kegiatan kokurikulum khususnya unit beruniform apabila mereka berada di sekolah menengah nanti.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya seperti Latihan dan Pertandingan Kawad Kaki, Aktiviti Burung Hantu, Pertandingan Masakan Rimba dan juga Malam Kebudayaan.. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.







Monday, July 19, 2010

Baby Pertama 2010


Selepas kelahiran Muhammad Iman Darwish Bin Mohd Azizi Jamil 21Disember 2009 yang lepas, menyusul pula Aryan Syahir Bin Azami, anak ke tiga pasangan Cg Maidini dan suaminya.. Tahniah diucapkan oleh warga SK Pusat Lawas!

Aryan Syahir (series sedap nama) dilahirkan pada 07 Jun 2010 yang lepas di Hospital Lawas pada jam 5.39am seberat 3.17kg..

Kami di SK Pusat Lawas mendoakan agar Aryan Syahir membesar sebagai anak yang soleh dan mampu menjadi kebanggaan ayah bonda :)

p/s: nampaknya belum ada baby girl lagi dalam entry2 blog sekolah ni.. Anak siapalah agaknya yang akan jd baby girl pertama di muaturun dalam ini blog.. hehehe

Selamat Pengantin Baru Cikgu Munirah

Sedikit terlewat (tp better late than never, kan?) utk mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat Cikgu Munirah Mustapha dan pasangannya Azri Abd Aziz yang selamat diijabkabulkan di Kota Bharu Kelantan pada 06/06/2010 yang lepas..

Warga SK Pusat Lawas mendoakan agar Cikgu Munirah dan pasangan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berbahagia dunia dan akhirat.. Amin :)



Antara guru yang hadir: Cg Azizi (bersama anak dan isteri), Ust Faizal (bersama isteri), Cg Norazwani (bersama suami) dan Cg Norziha