Wednesday, May 27, 2009

Imbangi Nisbah Guru Lelaki dan Perempuan

KLANG 26 Mei - Kekurangan guru lelaki adalah antara cabaran paling besar dihadapi Kementerian Pelajaran dan kementerian kini dalam usaha untuk mengimbangkan jurang itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pada masa ini hampir tiga perempat daripada setiap pengambilan tahunan guru-guru baru terdiri daripada wanita.

"Kebanyakan guru yang mengajar di pedalaman ialah guru lelaki. Jadi sebab itulah kita cuba imbangkan sedikit untuk dapatkan lebih ramai guru lelaki bagi memudahkan kita menghantar guru mengajar di pedalaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat dan Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang di sini, malam tadi.

Mohd. Puad turut mencadangkan supaya guru menandatangani akujanji bersetuju untuk mengajar di luar bandar dengan tempoh perkhidmatan mereka dinyatakan dengan jelas, umpamanya tiga tahun.

Beliau berkata, akujanji seumpama itu perlu bagi mengelakkan guru yang dihantar bertugas di luar bandar, memohon ditukarkan hanya selepas enam bulan mereka di sana.

Mohd. Puad berkata, selain itu ia juga bagi memastikan seseorang guru itu tidak berkhidmat terlalu lama di kawasan pedalaman.

"Saya sendiri menyaksikan kepayahan guru di pedalaman antaranya seorang guru wanita terpaksa memanjat pokok bagi mendapatkan gelombang telefon yang lebih baik untuk berhubung dengan suaminya.

"Ada juga kes seorang guru wanita dari sebuah sekolah di Marudi, Sarawak bersalin dalam bot ketika dalam perjalanan ke hospital kerana jarak antara sekolah dan hospital jauh," katanya. - BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia Online

Nota Kaki: Alhamdulillah, kami di SK Pusat Lawas tidak menghadapi sebarang masalah besar dari sudut komunikasi, jaringan perhubungan dan lokasi walaupun berada di sebuah daerah paling jauh di Sarawak =)

Thursday, May 21, 2009

Gerak Gempur 2 (2009)


Selamat Berjaya diucapkan kepada anak-anak SK Pusat Lawas! Semoga dapat menjawab setiap soalan dengan tenang dan mencapai kejayaan.. Amin...

Untuk makluman, Gerak Gempur 2 telah bermula semalam, dan akan berakhir Isnin hadapan..

Wednesday, May 13, 2009

Imunisasi Untuk Murid Darjah 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Hari ini, Perpustakaan SK Pusat Lawas telah dikunjungi pegawai-pegawai kesihatan dari Pusat Kesihatan Lawas untuk memberikan suntikan imunisasi Double Antigen, BCG dan Polio khusus untuk murid-murid tahun 1.

Pelbagai reaksi yang mencuit hati ditunjukkan oleh anak-anak ini. Ada yang menangis ketakutan dan tak kurang juga yang kelihatan teruja untuk disuntik. Ini satu pengalaman baru yang pasti tidak akan dilupakan oleh mereka:)

Menanti dengan perasaan yang berbaur..

Ujian penglihatan..

Wajah ceria selepas selesai disuntik..

Saturday, May 9, 2009

Taklimat Zakat Pendapatan

Alhamdulillah, pagi tadi sekolah didatangi pegawai dari Lembaga Zakat Sarawak yang memberikan penerangan terperinci tentang zakat pendapatan..

Untuk rekod, terdapat 3 kaedah pengiraan zakat iaitu:
1. Gaji pokok x 2.5%
atau
2. Jumlah pendapatan (gaji+elaun) - perbelanjaan dibenarkan x 2.5%
atau
3. Jumlah pendapatan (gaji+elaun) - perbelanjaan sebenar x 2.5%

Firman Allah swt dalam surah At Taubah ayat 103
'Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'

Semoga zakat yang kita keluarkan akan dapat menyuburkan lagi jiwa dan harta kita.. Selamat menunaikan zakat untuk semua guru muslim SK Pusat Lawas :)