Friday, July 23, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 15-17 Julai yang lepas, SK Pusat Lawas telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform melibatkan Pasukan Pengakap, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Puteri dan Kadet Remaja Sekolah.

Perlaksanaan program ini bertujuan untuk memantapkan penguasaan murid dalam kemahiran asas dalam kegiatan unit beruniform seperti berkawad, ikatan dan simpulan, aktiviti lasak dan sebagainya. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan menyediakan murid-murid yang lebih kompeten dalam kegiatan kokurikulum khususnya unit beruniform apabila mereka berada di sekolah menengah nanti.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya seperti Latihan dan Pertandingan Kawad Kaki, Aktiviti Burung Hantu, Pertandingan Masakan Rimba dan juga Malam Kebudayaan.. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.







No comments: