Sunday, May 16, 2010

Hari Guru : Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti ku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji ku kota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di Malaysia umumnya dan di SK PUSAT LAWAS khususnya..

Kami sayang cikgu :)

No comments: