Friday, February 27, 2009

Lagu Sekolah (Berilmu dan Berdisiplin)

Betapa indah sekolahku,
SK Pusat Lawas,
Tempatku menimba ilmu,
Bersama rakanku semua.

Berilmu beramal berdisplin,
Berazam, beriltizam,
Wawasan pendidikan negara,
Ke arah era kecemerlangan.

Guru bijak bestari,
Amanah berkualiti,
Berjasa dan berbakti,
Bersemangat tinggi.

Berilmu dan berdisiplin,
Amalan hidup kita,
Kejayaan unggul yang terpimpin,
Menuju era kecemerlangan.

Friday, February 20, 2009

Piagam Sekolah

1. Kami akan menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dengan penuh rasa tanggungjawab.
2. Sentiasa menepati masa bertugas sebagai mana yang telah ditetapkan mengikut jadual.
3. Menyediakan tugas pengajaran dan pembelajaran yang terancang dengan alat dan bahan sebaik mungkin sebelum sesuatu tugas pengajaran kami mulakan.
4. Memberi layanan kepada setiap murid dengan tidak mengira keturunan, bangsa, budaya dan latar belakang serta sosio-ekonomi.
5. Memeriksa kerja dan latihan murid dengan cermat dan berhati-hati.
6. Memberikan kerja rumah yang berpatutan kepada semua murid kami demi meningkatkan kebolehan mereka.
7. Memberikan bimbingan dan bantuan kepada murid kami yang memerlukannya.
8. Memberikan keutamaan kebersihan murid/bilik darjah pada sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran.
9. Memberikan keutamaan kepada disiplin dan tatasusila yang terbaik sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran.
10. Sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan dan kecemerlangan anak didik kami.
11. Memberikan laporan setiap perkembangan pembelajaran dan ujian yang dijalankan.
12. Berpegang teguh kepada Prinsip Perkhidmatan Awam dengan cogan kata "Bersih, Cekap dan Amanah".
13. Mengamalkan budaya kerja berpasukan dengan cogan kata “Muafakat Membawa Berkat”.
14. Berikhtiar mengatasi rintangan dan halangan yang menjadi penghalang dalam melaksanakan tugas rasmi.
15. Menjalinkan dasar pintu terbuka serta sedia menerima kritikan dan teguran.

Monday, February 9, 2009

Piagam Pelanggan (JPN Sarawak)

KAMI WARGA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

1. Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.

2. Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga minggu setelah menerima senarai guru Maktab dan Universiti dari Kementerian Pelajaran dan memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah, dua minggu sebelum sekolah bermula.

3. Memastikan semua permohonan diproses oleh JPN di dalam tempoh antara 2minggu - 1 bulan dari tarikh borang diterima.

4. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan.

5. Menentukan kekosongan jawatan Pengetua/Gurub Besar/GPK diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya kekosongan.

6. Memastikan tuntutan dari guru dan bukan guru diproses dalam masa 2minggu dari tarikh ianya diterima.

7. Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.

8. Memastikan jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan:
- sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 5minit.
- menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada dan mengenai Jabatan Pendidikan, PPD/PPB dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam 2minggu dari tarikh ia diterima.

9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.