Monday, February 9, 2009

Piagam Pelanggan (JPN Sarawak)

KAMI WARGA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

1. Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.

2. Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga minggu setelah menerima senarai guru Maktab dan Universiti dari Kementerian Pelajaran dan memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah, dua minggu sebelum sekolah bermula.

3. Memastikan semua permohonan diproses oleh JPN di dalam tempoh antara 2minggu - 1 bulan dari tarikh borang diterima.

4. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan.

5. Menentukan kekosongan jawatan Pengetua/Gurub Besar/GPK diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya kekosongan.

6. Memastikan tuntutan dari guru dan bukan guru diproses dalam masa 2minggu dari tarikh ianya diterima.

7. Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.

8. Memastikan jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan:
- sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 5minit.
- menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada dan mengenai Jabatan Pendidikan, PPD/PPB dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam 2minggu dari tarikh ia diterima.

9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

No comments: