Monday, June 22, 2009

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Bertempat di Dewan Sri Tunas, SK Pusat Lawas, 20 Jun lalu telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG ke-9. Kehadiran ibubapa cukup memberangsangkan kerana peratusan yang hadir meningkat lebih 100% berbanding mesyuarat yang lepas. Syabas diucapkan!


Berikut merupakan pucuk pimpinan PIBG bagi tahun ini.

Yang DiPertua:
En Mohamad bin Matasan
Naib Yang DiPertua:
Ustaz Omar bin Hj Mat
Setiausaha:
En Adol bin Said
Bendahari:
En Castino ak Fanny

Ahli Jawatankuasa:
En Robert Ngawal
En Armah Ajak
En Matius Gelawat
Pn Jamilah Amit
Pn Munga Parang
En George Duyong

JuruAudit:
En Wahab Maidi

Beberapa fakta menarik berkenaan PIBG SK Pusat Lawas:

1) En Mohamad bin Brahim telah memegang jawatan setiausaha PIBG ini dari tahun 1993 sehingga 2009. Walaubagaimanapun, beliau tidak akan dapat bersama SKPL lagi memandangkan beliau akan mula bertugas di sekolah baru tidak lama lagi. Ini satu kehilangan yang besar buat PIBG khususnya dan SKPL umumnya.

2) En Mohamad bin Matasan mempertahankan jawatan beliau untuk penggal ke dua.

3) Pn Asiah bt Hj Tuah dicalonkan kembali sebagai bendahari, walaubagaimanapun beliau menarik diri memandangkan anak beliau tidak lagi bersekolah di SKPL.

Diharapkan agar PIBG sekolah kita ini akan lebih bergiat aktif dalam menjadi perantara diantara pihak sekolah/pentadbir dengan ibubapa. Moga kerjasama yang erat ini dapat memberikan hasil yang positif dalam perkembangan pendidikan anak-anak warga SK Pusat Lawas!

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa



Selamat Hari Bapa untuk semua bapa-bapa dan bakal bapa di SK Pusat Lawas=) Moga menjadi bapa terbaik lagi mithali selama-lamanya :D

Thursday, June 18, 2009

Pelajar ponteng sekolah

JASIN 17 Jun – Sekumpulan 20 pelajar di dua buah sekolah menengah berhampiran Taman Merlimau Utara di sini, dikesan ponteng sekolah dengan menjadikan surau, rumah kosong dan kawasan ladang kelapa sawit sebagai lokasi melepak.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jasin, Cif Inspektor Sa‘adon Sabirin berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan segelintir pelajar sekolah itu.

Menurut beliau, pelajar-pelajar terbabit didapati melakukan perbuatan itu secara berkumpulan dan menjadikan lokasi-lokasi itu sebagai tempat pertemuan mereka.

“Hasilnya, hari ini, kita berjaya mengesan lebih 20 pelajar sekolah menengah yang ponteng. Salah seorang daripada mereka ditahan.

“Daripada maklumat diperoleh, pelajar lelaki tingkatan dua yang ditahan itu mengakui terdapat lima hingga tujuh kumpulan pelajar seramai lebih 20 orang tidak hadir ke sekolah hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi membanteras ponteng sekolah di sini hari ini.

Operasi bermula pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 12 tengah hari itu turut disertai Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Pejabat Pelajaran Daerah Jasin dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Sa‘adon menambah, pemeriksaan lanjut di dalam beg sekolah pelajar lelaki yang ditahan itu menemui sekotak rokok dan uniform sekolah.

“Pelajar terbabit mendakwa dia ponteng sekolah kerana gagal menyiapkan kerja diberikan guru dan terpengaruh dengan perbuatan rakan lain yang ponteng,” katanya.

Tambahnya, selain ponteng di ladang kelapa sawit, terdapat juga pelajar menjadikan surau dan rumah-rumah kosong di kawasan perumahan untuk ponteng sekolah.

Sehubungan itu, Sa‘adon meminta orang ramai supaya menghubungi pihak polis atau pihak sekolah sekiranya mengesyaki berlaku perbuatan ponteng sekolah di kawasan mereka.

Beliau pada masa sama menggesa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah supaya lebih peka dan proaktif dalam menangani masalah tersebut.

“Semua pihak perlu terlibat bersama, tanpa mengharapkan bebanan masalah ini hanya ditanggung oleh pihak sekolah atau pihak berkuasa semata-mata,” katanya.

SUMBER: Utusan Malaysia Online (18/06/2009)

Wednesday, June 17, 2009

2 Sekolah di Sarawak Menang Anugerah

PUTRAJAYA 17 Jun - Dua sekolah dari Sarawak iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai dan Sekolah Rendah Bakelalan dinobatkan sebagai pemenang bersama Anugerah Amalan Terbaik Pelajaran Komanwel 2009 sempena Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Komanwel Ke-17 (CCM-17).

SK Lubai dipilih berdasarkan pembabitan sepenuhnya masyarakat sekeliling dalam program pembangunan pendidikan sekolah berkenaan.

Sementara itu, pemilihan Sekolah Rendah Bakelalan pula kerana kegigihan masyarakat sekitar dalam memastikan mutu pendidikan walaupun berdepan dengan masalah kemudahan asas berikutan terletak jauh di pedalaman.

Kementerian Pendidikan dan Pembangunan Kemahiran Botswana pula diumumkan sebagai pemenang kedua anugerah itu.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Agung Komanwel, Ransford Smith pada satu majlis makan malam yang diadakan di sini malam semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyampaikan Anugerah Khas yang dimenangi oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; Kementerian Pendidikan, Kebudayaan dan Sumber Manusia Mauritius serta Idara-e-Taleem-o-Aagahi (ITA) Public Trust, Pakistan.

Anugerah lain adalah Anugerah Steve Sinnot yang dimenangi oleh British Council, United Kingdom.

SUMBER: Utusan Malaysia Online (16/06/2009)

Tuesday, June 2, 2009

Selamat Bercuti

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan murid terutamanya warga SK Pusat Lawas. Diharapkan agar cuti ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk bersama keluarga khususnya guru-guru yang akan pulang ke semenanjung =) Semoga semua akan lebih bersemangat apabila sesi persekolahan bermula nanti.....

- Tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada Cikgu Norliza yang akan bertugas di Perak mulai semester hadapan.

- Tahniah dan selamat pengantin baru buat Cikgu Dayang yang akan bertukar status menjadi Puan Dayang tidak lama lagi. Moga kekal hingga ke syurga. Aminn

- Takziah dan Al-Fatihah buat Cikgu Bahrin atas kehilangan bonda beliau, juga Cikgu Azizi di atas kehilangan kekanda beliau. Moga roh kedua-duanya ditempatkan bersama orang yg beriman. Marilah kita menyedekahkan Al-Fatihah buat mereka..