Sunday, July 19, 2009

Jamuan Perpisahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Semalam, (17/7/2009) bertempat di Restoran Mutiara telah diadakan satu majlis perpisahan semperna meraikan Cg Mohamad Brahim yang telah dinaikkan pangkat menjadi GPK 1 di SK Merapok. Tahniah diucapkan kepada beliau! Juga untuk meraikan dua orang guru baru yang mula bertugas di SK Pusat Lawas iaitu Cg Sofiah dan Ustz Nurazima.

Tuesday, July 14, 2009

Isu PPSMI


KUALA LUMPUR 9 Julai - Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak mencukupi setakat di sekolah rendah dan menengah tetapi perlu sehingga ke universiti.

Pengerusi Gerakan Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP), Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata, pemansuhan PPSMI hanya di peringkat sekolah rendah hingga tingkatan lima akan menimbulkan masalah kepada pelajar apabila memasuki tingkatan enam, matrikulasi atau universiti pada masa depan.

Katanya, ini kerana tiba-tiba sahaja mereka terpaksa beralih menggunakan bahasa Inggeris.

''Bagi GMP, memansuhkan PPSMI bererti memansuhkan semuanya iaitu kembali sepenuhnya kepada dasar pembelajaran sebelum 2003 ketika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu dari tahun satu sampai tingkatan enam dan seterusnya ke universiti,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) di sini hari ini.

Turut hadir Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said selaku Penasihat GMP, Pengarah Eksekutif Yayasan Tamil Malaysia, C. M Elanttamial dan Naib Setiausaha Kanan Pusat Pembangunan Kebudayaan Bekas-Bekas Guru Cina Malaya (LLG), Goh Kean Seng.

Selain menuntut PPSMI dimansuhkan secara menyeluruh, Hassan berkata, GMP juga mahu agar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, Tamil dan Cina dimulakan pada tahun depan bagi murid-murid tahun satu.

''Kita mahu pelajar yang baru masuk sekolah diajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda masing-masing mulai 2010 bukannya 2012,'' katanya.

Hassan berkata, mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil bagi tahun satu tidak menimbulkan masalah kerana Kementerian Pelajaran boleh menyediakan bahan-bahan bacaan dan buku teks dalam ketiga-tiga bahasa ini mulai sekarang.

Katanya, kementerian juga boleh menggunakan semula buku-buku teks lama yang ditulis dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil untuk mata pelajaran Sains dan Matematik sebelum 2003.

Beliau berkata, walaupun tidak berpuas hati sepenuhnya terhadap keputusan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, GMP tetap berterima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju memansuhkan PPSMI.

Mengulas mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kecewa dengan keputusan itu, Hassan berkata, ia hak peribadi bekas Perdana Menteri itu untuk berasa begitu.

Bagaimanapun, katanya, GMP tidak sependapat dengan Dr. Mahathir kerana lebih mementingkan suara rakyat.

''Pemansuhan PPSMI kami anggap sebagai kejayaan tuntutan rakyat semua kaum dan kerana itu GMP akan mengadakan sambutan pemansuhan PPSMI pada pukul 9 malam, 19 Julai ini bertempat di Stadium Bandar Baru Bangi,'' katanya.

Sementara itu, A. Samad berkata, beliau mewakili golongan sasterawan negara berasa lega dengan keputusan Menteri Pelajaran memansuhkan PPSMI.

''Lega. Itu kata-kata yang saya gunakan apabila Menteri Pelajaran mengumumkan pemansuhan PPSMI

''Ada beberapa perkara yang saya fikir membuat saya lega. Antaranya, saya tidak perlu berada di mana-mana tempat untuk memperjelaskan isu ini.

''Kedua, saya fikir apa yang telah diperjelaskan agak mencukupi untuk setakat ini walaupun sebenarnya masih timbul pertanyaan lain mengenai dasar ini,'' katanya

SUMBER: UTUSAN ONLINE

Sunday, July 12, 2009

Pertandingan Bola Jaring PSKKP

Bersemperna Pesta Sukan dan Kebudayaan dan Perkhidmatan Pelajaran, telah dilangsungkan pertandingan Bola Jaring mengikut zon dan alhamdulillah, Zon Bandar yang diwakili oleh SK Pusat Lawas, SK Belipat, SK Kuala Lawas, SK Batu Lima, SK Punang dan SK Agama telah mendapat tempat ke 3.. Tempat pertama jatuh kepada SMK Merapok dan tempat kedua SMK Sundar. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!





Wednesday, July 8, 2009

Presenting.. The Arrival Of ......

Here..The Arrival of Muhammad Akmal Faris bin Mohd Fairullizam bin Ag Abu Bakar :)

Moga membesar sebagai anak soleh yang hensem mcm bapaknya =)

Sunday, July 5, 2009

Sambutan Hari Guru Bahagian Limbang 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertempat di gelanggang bola keranjang, SJK Chung Hwa telah berlangsung pesta makanan dan pertandingan poco-poco peringkat bahagian Limbang. SK Pusat Lawas telah menghantar wakil untuk pertandingan poco-poco ini bagi mewakili Zon C dan berjaya mencapai kemenangan tempat ke 3! Tahniah diucapkan =)




Pada sebelah malamnya pula telah diadakan majlis makan malam di Dewan Tertutup Lawas dengan dirasmikan oleh En Matzinan bin Hj Wahit, Peg Pend Daerah Lawas.






Tahniah sekali lagi buat warga SK Pusat Lawas kerana berjaya mendapat Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum...

Guru Pembina Negara Bangsa =)

Wednesday, July 1, 2009

New Born Baby!



Tahniah buat Cg Fairullizam dan isteri kerana dikurniakan cahayamata pertama, seorang bayi lelaki.. Semoga membesar sebagai anak yang soleh dan taat.. Ameennnn :)

Monday, June 22, 2009

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-9

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Bertempat di Dewan Sri Tunas, SK Pusat Lawas, 20 Jun lalu telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG ke-9. Kehadiran ibubapa cukup memberangsangkan kerana peratusan yang hadir meningkat lebih 100% berbanding mesyuarat yang lepas. Syabas diucapkan!


Berikut merupakan pucuk pimpinan PIBG bagi tahun ini.

Yang DiPertua:
En Mohamad bin Matasan
Naib Yang DiPertua:
Ustaz Omar bin Hj Mat
Setiausaha:
En Adol bin Said
Bendahari:
En Castino ak Fanny

Ahli Jawatankuasa:
En Robert Ngawal
En Armah Ajak
En Matius Gelawat
Pn Jamilah Amit
Pn Munga Parang
En George Duyong

JuruAudit:
En Wahab Maidi

Beberapa fakta menarik berkenaan PIBG SK Pusat Lawas:

1) En Mohamad bin Brahim telah memegang jawatan setiausaha PIBG ini dari tahun 1993 sehingga 2009. Walaubagaimanapun, beliau tidak akan dapat bersama SKPL lagi memandangkan beliau akan mula bertugas di sekolah baru tidak lama lagi. Ini satu kehilangan yang besar buat PIBG khususnya dan SKPL umumnya.

2) En Mohamad bin Matasan mempertahankan jawatan beliau untuk penggal ke dua.

3) Pn Asiah bt Hj Tuah dicalonkan kembali sebagai bendahari, walaubagaimanapun beliau menarik diri memandangkan anak beliau tidak lagi bersekolah di SKPL.

Diharapkan agar PIBG sekolah kita ini akan lebih bergiat aktif dalam menjadi perantara diantara pihak sekolah/pentadbir dengan ibubapa. Moga kerjasama yang erat ini dapat memberikan hasil yang positif dalam perkembangan pendidikan anak-anak warga SK Pusat Lawas!