Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Sunday, August 1, 2010

Program Pintar Adik-Adikku Lawas 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Mari bersama2 kita memeriahkan Program Pintar Adik-Adikku Lawas 2010 yang akan di adakan pada Sabtu hadapan, 7 Ogos 2010 di Stadium Tertutup Lawas..

Alhamdulillah, SK Pusat Lawas telah pun berjaya menghantar wakil dalam pertandingan pidato iaitu Adik Mohd Afiq Ikmal dari Tahun 3 Amanah. Semoga mencapai kemenangan! :)

Friday, July 23, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 15-17 Julai yang lepas, SK Pusat Lawas telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform melibatkan Pasukan Pengakap, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Puteri dan Kadet Remaja Sekolah.

Perlaksanaan program ini bertujuan untuk memantapkan penguasaan murid dalam kemahiran asas dalam kegiatan unit beruniform seperti berkawad, ikatan dan simpulan, aktiviti lasak dan sebagainya. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan menyediakan murid-murid yang lebih kompeten dalam kegiatan kokurikulum khususnya unit beruniform apabila mereka berada di sekolah menengah nanti.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya seperti Latihan dan Pertandingan Kawad Kaki, Aktiviti Burung Hantu, Pertandingan Masakan Rimba dan juga Malam Kebudayaan.. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.







Tuesday, May 18, 2010

Entry Tertangguh : Rumah Terbakar Panggil Bomba

Pada awal bulan April yang lepas, telah diadakan Latihan Kebakaran untuk murid-murid asrama dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lawas bersemperna Minggu 3K.. Latihan ini bertujuan untuk untuk memastikan warga SK Pusat Lawas sentiasa bersedia dalam apa jua situasi sekiranya kebakaran berlaku..





Friday, February 26, 2010

letih dan panas..........

tetapi berbaloi...itulah gambaran yg dapat dikatakan mengenai MSSRD Lawas pada kali ini. Latihan yang diadakan selama 1 bulan lebih oleh jurulatih dan atlet membuahkan hasil apabila SK Pusat menduduki tempat ke 5 dibelakang pendahulu Long Tuma, Long Sukang, Long Tengoa dan Ba'kelalan.


Wajah ceria atlet, pasukan kawad kaki, petugas keselamatan (pengakap) pada hari pertama
MSSRD Lawas.



Pasukan kawad kaki sedang bersiap sedia



Cikgu Sirat (bekas guru SK Pusat) turut melawat khemah sekolah




Kontijen SK Pusat Lawas

Guru Pengiring : 6 orang
Atlet : 27 orang

Pengurus Pasukan : Cikgu Bahrin (PK Kokurikulum)
Ketua Jurulatih : Cikgu Mat Nor


atas, kiri : Cikgu Nancy, Cikgu Bahrin, Cikgu Salwani, Cikgu Lokman
bawah, kiri : Cikgu Nurizan, Cikgu Fridly (jurulatih kawad kaki), Cikgu Mat Nor, Cikgu Azizi (guru pengiring petugas kecemasan)


nota kaki :

* ayam tambatan 10tkb (L) Fernando Paran terlepas acara saringan 60m disebabkan kesilapan teknikal yang berlaku

* sebanyak 31 sekolah yang bertanding pada kali ini

* atlet lompat tinggi 12tkb (L) Samuel demam semasa acara dilangsungkan, tetapi tetap meneruskan atas semangat kesukanan

Friday, November 6, 2009

Rombongan sekolah:)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada minggu lepas iaitu 30,31 Okt dan 1hb Nov, satu rombongan guru-guru, kakitangan sekolah beserta murid-murid tahun 6 telah diadakan. Kami ke Kundasang, Ranau, Tuaran dan KK melawat tempat-tempat menarik.

Let the pictures do the talking.. You can click to the pictures for enlargement k.. Not forgotten, a big thanks to Cg Maidan n clan for being a superb organizer:) Layannnn...

1) Jambatan Tamparuli



2) Taman Kinabalu


3) Poring Hot Spring



4) Rose Cabin








5) Taman Buaya Tuaran



6) Akuarium dan Muzium Marin, UMS



7) Muzium Sabah


8) Pantai Tanjung Aru


9) Pusat Hidupan Liar Lok Kawi

Sunday, October 4, 2009

RUMAH TERBUKA SITU SANA SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah sudah menginjak ke 15 Syawal.. Para guru dan murid juga sudah kembali ke sekolah seperti biasa.. Menyebut tentang Syawal, kita tidak akan dapat lari daripada mengaitkannya dengan sambutan Aidilfitri (yang telah disambut 20 Sept lalu), juga kaitannya dengan Ibadah berpuasa sunat selama 6 hari (kita masih ada 2minggu utk menunaikannya) dan juga sambutan rumah terbuka (akan diceritakan dibawah).. Memenuhi jemputan adalah wajib ditunaikan berbanding puasa sunat 6 yang hanya sunat.. Tapi, tuan2 rumah yang nak anjurkan rumah terbuka ni, beringatlah sama ye.. Jgn sampai tetamu rasa terganggu pula dgn jemputan tu sehingga x sempat nak berpuasa 6 :) (Jemputan diwaktu malam mungkin boleh menyelesaikan masalah ni..hehe)

Ok, mari layan gambar...