Monday, March 16, 2009

Sambutan Maulidur Rasul (Peringkat Lawas)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini pula berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Lawas. Sambutan yang diterima cukup menggalakkan dimana kebanyakan sekolah dan kampung disekitar Lawas telah mengambil bahagian dalam pertandingan mencipta sepanduk dan perarakan.

Cuaca yang panas terik tidak menghalang para peserta untuk berarak dari pekan Lawas ke Masjid Besar. Selawat dan Salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, SK Pusat Lawas telah merangkul tempat ke 3 dalam pertandingan mencipta sepanduk:)

Sebahagian warga SK Pusat Lawas


Antara sepanduk yang dipertandingkan

Perarakan bermula..


Merangkul tempat ke 3.. Tahniah utk SKPL :)

Saturday, March 14, 2009

Sambutan Maulidur Rasul (Peringkat Sekolah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, telah berlangsungnya Majlis Sambutan MaulidurRasul peringkat sekolah bertempat di Dewan SK Pusat Lawas. Program yang melibatkan warga sekolah yang beragama Islam ini berlangsung dengan jayanya..

Bermula dengan bacaan doa oleh En Lokman, majlis diteruskan dengan ucapan GPK Kokurikulum, En Bahrin bagi menggantikan tuan guru besar yang tidak dapat hadir. Seterusnya, bacaan rawi dan selawat di bawah pimpinan Ust Tuan Azani dan Ust Faizal.

Seterusnya, hadirin dipertontonkan dengan tayangan CD bertajuk Muhammad Sebagai Utusan dan rentetan dari itu, satu kuiz diadakan bagi menguji kefahaman murid-murid terhadap tayangan CD sebentar tadi. Alhamdulillah, murid-murid dapat menjawab dengan baik.

Majlis diteruskan lagi dengan pertandingan Busana Muslim yang disertai oleh wakil-wakil dari setiap kelas dimana penyertaan yang diterima cukup mengkagumkan. Tahniah kepada murid-murid SKPL yang berani mencuba!

Diakhir majlis merupakan sesi penyampaian hadiah dan jamuan ringan.

Antara guru-guru yang hadir

Murid-murid beragama Islam SKPL

Pertandingan Busana Muslim

Kumpulan Nasyid SK Pusat Lawas

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia’

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya Habiballah ( 2X )

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Friday, February 27, 2009

Lagu Sekolah (Berilmu dan Berdisiplin)

Betapa indah sekolahku,
SK Pusat Lawas,
Tempatku menimba ilmu,
Bersama rakanku semua.

Berilmu beramal berdisplin,
Berazam, beriltizam,
Wawasan pendidikan negara,
Ke arah era kecemerlangan.

Guru bijak bestari,
Amanah berkualiti,
Berjasa dan berbakti,
Bersemangat tinggi.

Berilmu dan berdisiplin,
Amalan hidup kita,
Kejayaan unggul yang terpimpin,
Menuju era kecemerlangan.

Friday, February 20, 2009

Piagam Sekolah

1. Kami akan menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dengan penuh rasa tanggungjawab.
2. Sentiasa menepati masa bertugas sebagai mana yang telah ditetapkan mengikut jadual.
3. Menyediakan tugas pengajaran dan pembelajaran yang terancang dengan alat dan bahan sebaik mungkin sebelum sesuatu tugas pengajaran kami mulakan.
4. Memberi layanan kepada setiap murid dengan tidak mengira keturunan, bangsa, budaya dan latar belakang serta sosio-ekonomi.
5. Memeriksa kerja dan latihan murid dengan cermat dan berhati-hati.
6. Memberikan kerja rumah yang berpatutan kepada semua murid kami demi meningkatkan kebolehan mereka.
7. Memberikan bimbingan dan bantuan kepada murid kami yang memerlukannya.
8. Memberikan keutamaan kebersihan murid/bilik darjah pada sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran.
9. Memberikan keutamaan kepada disiplin dan tatasusila yang terbaik sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran.
10. Sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan dan kecemerlangan anak didik kami.
11. Memberikan laporan setiap perkembangan pembelajaran dan ujian yang dijalankan.
12. Berpegang teguh kepada Prinsip Perkhidmatan Awam dengan cogan kata "Bersih, Cekap dan Amanah".
13. Mengamalkan budaya kerja berpasukan dengan cogan kata “Muafakat Membawa Berkat”.
14. Berikhtiar mengatasi rintangan dan halangan yang menjadi penghalang dalam melaksanakan tugas rasmi.
15. Menjalinkan dasar pintu terbuka serta sedia menerima kritikan dan teguran.

Monday, February 9, 2009

Piagam Pelanggan (JPN Sarawak)

KAMI WARGA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

1. Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan, mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.

2. Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari tiga minggu setelah menerima senarai guru Maktab dan Universiti dari Kementerian Pelajaran dan memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah, dua minggu sebelum sekolah bermula.

3. Memastikan semua permohonan diproses oleh JPN di dalam tempoh antara 2minggu - 1 bulan dari tarikh borang diterima.

4. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan.

5. Menentukan kekosongan jawatan Pengetua/Gurub Besar/GPK diisi dalam tempoh satu bulan selepas berlakunya kekosongan.

6. Memastikan tuntutan dari guru dan bukan guru diproses dalam masa 2minggu dari tarikh ianya diterima.

7. Memastikan peperiksaan dilaksanakan tanpa kebocoran.

8. Memastikan jabatan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan:
- sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra dalam tempoh 5minit.
- menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada dan mengenai Jabatan Pendidikan, PPD/PPB dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam 2minggu dari tarikh ia diterima.

9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

Monday, January 26, 2009

Moto, Visi dan Misi

MOTO:
Berilmu Berdisiplin

VISI:
SK Pusat Bestari 2010

MISI:
Memastikan semua aspek pengurusan dan pendidikan dalam Pelajaran dan Pembelajaran di sekolah ini adalah berkualiti dan dilaksanakan secara bersepadu dan sistematik untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Guru dan Sekolah Berdaya, Murid Berjaya.

Huraian Maksud Prasa:

Berilmu - Sekolah yang mengamalkan budaya ilmu yang menjadikan sekolah berkesan yang boleh melahirkan anak didik yang berketrampilan dan cemerlang.

Berdisiplin - Beriman dan bersahsiah tinggi, hormat-menghormati dan berbudaya penyayang.

Pendidikan Bestari - Sekolah yang fleksibel, belajar kerana seronok, berorientasikan kurikulum, melihat dunia sebagai khazanah ilmu, mempunyai jaringan dengan masyarakat sekeliling dan sesuai mengikut gaya dan keupayaan individu untuk melahirkan murid berilmu terutama sekali dalam bidang ICT.

Aspek Pengurusan Dan Pendidikan Berkualiti - Semua aspek pengurusan pelajar, guru sekolah pelbagaiperkhidmatan pendidikan. Guru yang sentiasa bekerja keras, berdaya dan komited untuk memberi pendidikan yang terbaik tanpa noktah.

Bersepadu dan Sistematik - Jalinan kerjasama yang erat dan saling melengkapi.

Friday, January 23, 2009

Lencana Sekolah



Warna:
Kuning - Perpaduan
Merah/Putih - Azam & Iltizam
Hitam & Hijau - Kesungguhan & Komitmen

- Di bawah jalur cemerlang ialah cekra padat lambang teknologi maklumat.

- Petak biru ialah Moto Sekolah

- Di bawah Moto Sekolah ialah Mata Pena juga symbol murid yang sedang berpegang teguh kepada moto sekolah.

- Jalur merah putih ialah lambang buku juga melambangkan jalur gemilang.