Sunday, May 16, 2010

Hari Guru : Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti ku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji ku kota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di Malaysia umumnya dan di SK PUSAT LAWAS khususnya..

Kami sayang cikgu :)

Friday, February 26, 2010

letih dan panas..........

tetapi berbaloi...itulah gambaran yg dapat dikatakan mengenai MSSRD Lawas pada kali ini. Latihan yang diadakan selama 1 bulan lebih oleh jurulatih dan atlet membuahkan hasil apabila SK Pusat menduduki tempat ke 5 dibelakang pendahulu Long Tuma, Long Sukang, Long Tengoa dan Ba'kelalan.


Wajah ceria atlet, pasukan kawad kaki, petugas keselamatan (pengakap) pada hari pertama
MSSRD Lawas.



Pasukan kawad kaki sedang bersiap sedia



Cikgu Sirat (bekas guru SK Pusat) turut melawat khemah sekolah




Kontijen SK Pusat Lawas

Guru Pengiring : 6 orang
Atlet : 27 orang

Pengurus Pasukan : Cikgu Bahrin (PK Kokurikulum)
Ketua Jurulatih : Cikgu Mat Nor


atas, kiri : Cikgu Nancy, Cikgu Bahrin, Cikgu Salwani, Cikgu Lokman
bawah, kiri : Cikgu Nurizan, Cikgu Fridly (jurulatih kawad kaki), Cikgu Mat Nor, Cikgu Azizi (guru pengiring petugas kecemasan)


nota kaki :

* ayam tambatan 10tkb (L) Fernando Paran terlepas acara saringan 60m disebabkan kesilapan teknikal yang berlaku

* sebanyak 31 sekolah yang bertanding pada kali ini

* atlet lompat tinggi 12tkb (L) Samuel demam semasa acara dilangsungkan, tetapi tetap meneruskan atas semangat kesukanan

Thursday, January 7, 2010

Another Hero :D

Tahniah di ucapkan kepada seorang lagi guru SK Pusat Lawas yang telah pun bergelar bapa, dengan kelahiran Muhammad Iman Darwish Bin Mohd Azizi Jamil. Bayi lelaki seberat 2.6kg ini selamat dilahirkan pada 21 Disember 2009 jam 10.05am di Hospital Kota Bharu.

Moga membesar sebagai anak yang soleh.. Amin:)

p/s: boleh buat team bola junior dgn Afiq Qusyairi & Akmal Faris ;)

Selamat Pengantin Baru :D

Tahniah di ucapkan kepada 3 orang guru SK Pusat Lawas yang baru sahaja bertukar status..

1) Cikgu Norazwani Binti Shaari @ Md Noh (5 Disember 2009)

2) Cikgu Nurizan Binti Azahanuddin (5 Disember 2009)

3) Cikgu Judy Gituen (19 Disember 2009)

Semoga berbahagia ke akhir hayat:)

Saturday, November 7, 2009

Selamat Bertukar

Tahniah diucapkan buat guru-guru dari SK Pusat Lawas yang dapat bertukar mengikut pasangan masing-masing.. Bg yang belum berjaya, cuba lagi tahun depan k.. Takpe, SK Pusat masing memerlukan khidmat anda, nnti dapat la merasa bangunan baru :) Tahniah sekali lagi buat:

1) Ustzh Nor azima Abd Azis yang bertukar ke Melaka
2) Cg Zalia Mamat yang bertukar ke Terengganu
3) En Wayne Mudin yang bertukar ke Sabah

Ada sesiapa lagi ke yang dapat tukar?

Friday, November 6, 2009

Rombongan sekolah:)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada minggu lepas iaitu 30,31 Okt dan 1hb Nov, satu rombongan guru-guru, kakitangan sekolah beserta murid-murid tahun 6 telah diadakan. Kami ke Kundasang, Ranau, Tuaran dan KK melawat tempat-tempat menarik.

Let the pictures do the talking.. You can click to the pictures for enlargement k.. Not forgotten, a big thanks to Cg Maidan n clan for being a superb organizer:) Layannnn...

1) Jambatan Tamparuli



2) Taman Kinabalu


3) Poring Hot Spring



4) Rose Cabin








5) Taman Buaya Tuaran



6) Akuarium dan Muzium Marin, UMS



7) Muzium Sabah


8) Pantai Tanjung Aru


9) Pusat Hidupan Liar Lok Kawi

Friday, October 23, 2009

The New Arrival

Alhamdulillah, pada tanggal 17Oktober 2009 yang lepas, seorang lagi guru SK Pusat Lawas bertukar status menjadi bapa dengan kehadiran Muhammad Afiq Qusyairi bin Lokman.. Tahniah diucapkan.. Moga menjadi bapa mithali :)