Tuesday, June 2, 2009

Selamat Bercuti

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan murid terutamanya warga SK Pusat Lawas. Diharapkan agar cuti ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk bersama keluarga khususnya guru-guru yang akan pulang ke semenanjung =) Semoga semua akan lebih bersemangat apabila sesi persekolahan bermula nanti.....

- Tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada Cikgu Norliza yang akan bertugas di Perak mulai semester hadapan.

- Tahniah dan selamat pengantin baru buat Cikgu Dayang yang akan bertukar status menjadi Puan Dayang tidak lama lagi. Moga kekal hingga ke syurga. Aminn

- Takziah dan Al-Fatihah buat Cikgu Bahrin atas kehilangan bonda beliau, juga Cikgu Azizi di atas kehilangan kekanda beliau. Moga roh kedua-duanya ditempatkan bersama orang yg beriman. Marilah kita menyedekahkan Al-Fatihah buat mereka..

Wednesday, May 27, 2009

Imbangi Nisbah Guru Lelaki dan Perempuan

KLANG 26 Mei - Kekurangan guru lelaki adalah antara cabaran paling besar dihadapi Kementerian Pelajaran dan kementerian kini dalam usaha untuk mengimbangkan jurang itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pada masa ini hampir tiga perempat daripada setiap pengambilan tahunan guru-guru baru terdiri daripada wanita.

"Kebanyakan guru yang mengajar di pedalaman ialah guru lelaki. Jadi sebab itulah kita cuba imbangkan sedikit untuk dapatkan lebih ramai guru lelaki bagi memudahkan kita menghantar guru mengajar di pedalaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat dan Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang di sini, malam tadi.

Mohd. Puad turut mencadangkan supaya guru menandatangani akujanji bersetuju untuk mengajar di luar bandar dengan tempoh perkhidmatan mereka dinyatakan dengan jelas, umpamanya tiga tahun.

Beliau berkata, akujanji seumpama itu perlu bagi mengelakkan guru yang dihantar bertugas di luar bandar, memohon ditukarkan hanya selepas enam bulan mereka di sana.

Mohd. Puad berkata, selain itu ia juga bagi memastikan seseorang guru itu tidak berkhidmat terlalu lama di kawasan pedalaman.

"Saya sendiri menyaksikan kepayahan guru di pedalaman antaranya seorang guru wanita terpaksa memanjat pokok bagi mendapatkan gelombang telefon yang lebih baik untuk berhubung dengan suaminya.

"Ada juga kes seorang guru wanita dari sebuah sekolah di Marudi, Sarawak bersalin dalam bot ketika dalam perjalanan ke hospital kerana jarak antara sekolah dan hospital jauh," katanya. - BERNAMA

Sumber: Utusan Malaysia Online

Nota Kaki: Alhamdulillah, kami di SK Pusat Lawas tidak menghadapi sebarang masalah besar dari sudut komunikasi, jaringan perhubungan dan lokasi walaupun berada di sebuah daerah paling jauh di Sarawak =)

Thursday, May 21, 2009

Gerak Gempur 2 (2009)


Selamat Berjaya diucapkan kepada anak-anak SK Pusat Lawas! Semoga dapat menjawab setiap soalan dengan tenang dan mencapai kejayaan.. Amin...

Untuk makluman, Gerak Gempur 2 telah bermula semalam, dan akan berakhir Isnin hadapan..

Wednesday, May 13, 2009

Imunisasi Untuk Murid Darjah 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Hari ini, Perpustakaan SK Pusat Lawas telah dikunjungi pegawai-pegawai kesihatan dari Pusat Kesihatan Lawas untuk memberikan suntikan imunisasi Double Antigen, BCG dan Polio khusus untuk murid-murid tahun 1.

Pelbagai reaksi yang mencuit hati ditunjukkan oleh anak-anak ini. Ada yang menangis ketakutan dan tak kurang juga yang kelihatan teruja untuk disuntik. Ini satu pengalaman baru yang pasti tidak akan dilupakan oleh mereka:)

Menanti dengan perasaan yang berbaur..

Ujian penglihatan..

Wajah ceria selepas selesai disuntik..

Saturday, May 9, 2009

Taklimat Zakat Pendapatan

Alhamdulillah, pagi tadi sekolah didatangi pegawai dari Lembaga Zakat Sarawak yang memberikan penerangan terperinci tentang zakat pendapatan..

Untuk rekod, terdapat 3 kaedah pengiraan zakat iaitu:
1. Gaji pokok x 2.5%
atau
2. Jumlah pendapatan (gaji+elaun) - perbelanjaan dibenarkan x 2.5%
atau
3. Jumlah pendapatan (gaji+elaun) - perbelanjaan sebenar x 2.5%

Firman Allah swt dalam surah At Taubah ayat 103
'Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'

Semoga zakat yang kita keluarkan akan dapat menyuburkan lagi jiwa dan harta kita.. Selamat menunaikan zakat untuk semua guru muslim SK Pusat Lawas :)

Monday, March 16, 2009

Sambutan Maulidur Rasul (Peringkat Lawas)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini pula berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Lawas. Sambutan yang diterima cukup menggalakkan dimana kebanyakan sekolah dan kampung disekitar Lawas telah mengambil bahagian dalam pertandingan mencipta sepanduk dan perarakan.

Cuaca yang panas terik tidak menghalang para peserta untuk berarak dari pekan Lawas ke Masjid Besar. Selawat dan Salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, SK Pusat Lawas telah merangkul tempat ke 3 dalam pertandingan mencipta sepanduk:)

Sebahagian warga SK Pusat Lawas


Antara sepanduk yang dipertandingkan

Perarakan bermula..


Merangkul tempat ke 3.. Tahniah utk SKPL :)

Saturday, March 14, 2009

Sambutan Maulidur Rasul (Peringkat Sekolah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, telah berlangsungnya Majlis Sambutan MaulidurRasul peringkat sekolah bertempat di Dewan SK Pusat Lawas. Program yang melibatkan warga sekolah yang beragama Islam ini berlangsung dengan jayanya..

Bermula dengan bacaan doa oleh En Lokman, majlis diteruskan dengan ucapan GPK Kokurikulum, En Bahrin bagi menggantikan tuan guru besar yang tidak dapat hadir. Seterusnya, bacaan rawi dan selawat di bawah pimpinan Ust Tuan Azani dan Ust Faizal.

Seterusnya, hadirin dipertontonkan dengan tayangan CD bertajuk Muhammad Sebagai Utusan dan rentetan dari itu, satu kuiz diadakan bagi menguji kefahaman murid-murid terhadap tayangan CD sebentar tadi. Alhamdulillah, murid-murid dapat menjawab dengan baik.

Majlis diteruskan lagi dengan pertandingan Busana Muslim yang disertai oleh wakil-wakil dari setiap kelas dimana penyertaan yang diterima cukup mengkagumkan. Tahniah kepada murid-murid SKPL yang berani mencuba!

Diakhir majlis merupakan sesi penyampaian hadiah dan jamuan ringan.

Antara guru-guru yang hadir

Murid-murid beragama Islam SKPL

Pertandingan Busana Muslim

Kumpulan Nasyid SK Pusat Lawas

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia’

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya Habiballah ( 2X )

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan